Monday, December 1, 2014

Kembara

          Nama aku Sara. Aku dilahirkan dalam kalangan orang yang sederhana
Ayahku seorang buruh am manakala ibuku seorang suri rumah. Aku mempunyai seorang abang yang tidak begitu rapat. Aku tidak diberikan kasih sayang yang penuh oleh ibu dan ayahku. Kadang-kadang aku sendiri berasa ragu-ragu dengan statusku. Sama ada aku anak kandung ataupun anak angkat mereka. Aku hidup dengan serba sederhana. Sederhana dari segi pelajaran, kewangan mahupun dari segi agama. Ayah dan ibuku bukanlah orang yang kuat dan teguh akan kepercayaan mereka. Sejak dari kecil sehingga umurku mencecah 15 tahun, aku seakan tidak dipaksa untuk melakukan perkara wajib. Aku sendiri malu untuk mengakui hal yang sebenar kepada sahabiah-sahabiahku.
          Kehidupan di sekolah juga tidak kurangnya. Aku sanggup menipu sahabiah-sahabiahku bahawa aku rajin menunaikan solat di rumah. Apabila guru bertanyakan perihal yang wajib, aku sanggup menipu kerana aku mahu menyembunyikan aibku. Perkara yang sama berlaku apabila aku bersama dengan sahabiah-sahabiahku. Aku akan melakukan apa cara sekalipun asalkan aku dapat menutup aibku. Aku senang begitu. Aku akan menunaikan solat setiap kali peperiksaan diadakan. Setiap kali itulah aku akan merajinkan diriku supaya ke surau sekolah untuk menunaikan solat zuhor. Manakala dirumah mana-mana yang sempat aku buat, aku buat. Tidak untuk solat subuh kerana aku tahu aku akan terlewat bangun.
          Sehinggalah pada hari peperiksaan aku 'menjaga' solatku. Walaupun selalu terlepas subuh dan setiap kali itu juga aku aku mengeluh untuk menunaikan asar dan isya'. Manakala selepas itu juga aku akan 'menjaga' solatku kerana menurut guru-guruku, aku harus menunaikan perkara yang sunat kerana mereka sedang menanda kertasku. Sehinggalah pada hari keputusan dikeluarkan, aku dinobatkan sebagai antara pelajar yang memperoleh keputusan yang cemerlang. Aku gembira. Ibu dan ayahku juga gembira. Namun hatiku berkecamuk. Pelbagai persoalan di benakku.
          Kenapa aku?
          Selepas mendapat keputusan yang cemerlang, aku bersama sahabiah-sahabiahku berpakat untuk membuat permohonan ke sekolah berasrama penuh yang sama. Namun sekali lagi nasib menyebelahi aku. Aku ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke sana. Pada mulanya aku tidak menghiraukan tawaran tersebut kerana bagiku belajar di mana-mana sekolah sekalipun, sama sahaja. Namun ibu dan bapaku sering menyebut akan kebaikan tinggal di asrama. Rakan-rakanku juga rajin memberikan dorongan. Aku bingung. Keliru dan pelik. Mereka adalah sahabiah-sahabiahku tetapi menggalakkan aku pergi meninggalkan mereka. Mengapa? Sekali lagi persoalan yang sama bermain di fikiranku.
          Kenapa aku?
          Akhirnya aku membuat keputusan untuk menerima tawaran tersebut atau dalam erti kata lain aku akan pergi meninggalkan sahabiah-sahabiah dan guru-guru yang aku sayang. Tidak lupa juga aku akan meninggalkan ibu dan bapaku yang aku cintai. Aku akan pergi jauh daripada mereka. Namun, mengapa aku berubah hati untuk berpindah? Aku membuat keputusan di saat-saat akhir. Cuma yang aku tahu ialah aku ingin menjaga hati ibu dan bapaku yang menginginkan anaknya ke sekolah berasrama penuh. Seandainya aku mampu menolak aku akan menolak. Namun hatiku kuat menerima. Aku tak nak. Aku tak sanggup.
          Kenapa aku yang patut mendapat keputusan yang cemerlang?
          Kenapa aku yang patut mendapat tawaran ke sbp?
          Kenapa aku yang patut pergi meninggalkan orang yang aku sayang?
          Kenapa aku?
          Kehidupanku seakan baru bermula. Aku seakan diuji di sini. "Macam dalam penjara! Buat itu tak boleh. Buat ini tak boleh. Aku nak pindah!" rungut hatiku.
          Memang! Aku nekad nak pindah. Namun aku tidak sanggup untuk melukakan hati ibu dan ayahku. Aku juga akan dianggap pengecut dalam kalangan sahabiah-sahabiahku. Bagaimana? Aku pujuk hatiku supaya bertahan sehari mahupun dua hari di sini. Tuhan itu mempermudahkan segalanya. Aku diperkenalkan dengan Islam melalui badan dakwah dan kerohanian. Aku juga gemar mendalami Islam melalui seseorang. Aku senang mendengar alunan azan dan bacaan ayat suci al-Quran. Aku berasal daripada sekolah yang dikelilingi oleh perempuan. Oleh kerana itu aku seperti kera yang mendapat bunga apabila mendengarnya mengalunkan ayat-ayat suci.
          Dulu, aku tidak kenal siapa Tuhan aku. Aku juga tidak gemar mendalami agamaku sendiri. Sehinggalah aku datang dan bertanyakan sendiri kepada dia.
          "Kenapa kita perlu mendalami Islam?  Bukankah cukup sekiranya kita sekadar mengetahui akan Allah dan rasulNya?"
          "Hanya sekadar mengetahui akan Allah dan rasulNya tidak akan lengkaplah hati kita. Kita perlu merasai dan mempraktikkan apa yang kita tahu."
          Aku seakan tidak memahami maksud dia. "Maksudnya?"
          "Kita harus beriman kepada Allah."
          "Sudahlah, usah berkias lagi. Aku mahu tahu perkara yang sebenar."
          "Melalui dakwah dan tarbiyah. Kita harus memperkuatkan lagi iman kita. Ada banyak cara. Bukan sekadar mengetahui Allah dan rasulNya sahaja. Sekiranya ada keraguan minta tunjuk para ulama', ustaz mahupun ustazah dan juga para sahabiah yang lebih arif tentang Islam. Rajinkan diri melakukan perkara yang sunat. Namun disiplinkan diri melakukan perkara yang wajib dahulu. Contohnya seperti menutup aurat.
          Aduh! Rasa seperti dipukul.
          Islam tidak menyuruh muslimat itu memakai tudung selabuh mungkin. Cukup sekadat menutup apa yang perlu disembunyikan daripada bukan mahram. Selain itu, selalu mengucapkan kata-kata yang baik. Sentiasa membasahkan lidah berzikir memuji Allah. Sentiasa ada rasa rendah diri. Bukan itu sahaja, sentiasa mempunyai sikap ingin tahu akan Islam. Islam itu indah. Sangat indah. Lebih indah daripada apa yang awak fikirkan sekarang.
          Sejak daripada itu, aku sudah mula memakai tudung. Mengikut nasihat dia, aku tidaklah memakai yang labuh dan merimaskan. Namun aku hanya menutup aa yang perlu daripada bukan mahram. Selain itu, aku juga sudah mula membaca al-Quran pada setiap waktu maghrib dan waktu tang senggang. Bukan itu sahaja, aku iuga sudah merajinkan diriku untuk mendengar dakwah dan tarbiyah daripada para sahabat dan sahabiah serta para ustaz dan ustazah. Aku rasa tenang dan bahagia. Aku gembira sekarang.
         "Adam, terima kasih sebab kau tarik aku sama-sama masuk syurga dengan kau."
          "Sama-sama. Allah itu Maha Pengampun dan Maha Mengasihani, Sara. Percayalah."
 
       

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright | All Right Reserved by Nur Syafiqah Md. Yusof