Pada tahun 2030, keadaan bumi sangat pesat,
gunung-ganang hampir tidak kelihatan. Apatah lagi pokok-pokok yang menghijau
telah digantikan dengan bangunan pencakar langit yang megah berdiri. Lautan
biru juga tidak ada kurangnya. Setiap satu bulan pasti aka nada kerja
pembersihan dilakukan kerana angkara sikap manusia yang tiada ambil pedulu
bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing menyeabkan lautan biru
mahupun sungai yang mengalir jernih tidak lagi indah dilihat. Masing-masing
tidak lagi mengambil peduli betapa indahnya bumi ini. Mereka kuat berlari
mengejar kepesatan dunia selaras dengan teknologi yang sentiasa berubah-ubah
mengikut citarasa manusia pada abad ini. Kini, tidak ada lagi perkara yang
dilakukan secara manual. Semua bahkan setiap perkara dilakukan secara automatik
atau menggunakan mesin serta robot. Manusia pada abad ini hidup dalam
kesenangan dan keselesaan dengan teknologi yang maju. Manusia pada abad ini
juga penuh dengan kebijaksanaan dan kepintaran dengan mengubah segala-galanya
dalam sekelip mata sahaja. Bukan itu
sahaja, manusia juga tidak lagi
menggunakan nama tetapi ditukar kepada nombor. Pada zaman itu juga tiada lagi
jenayah yang berlaku kerana setiap keluarga bahkan setiap orang dinaiktaraf
kehidupan mereka. Itu kebaikannya. Namun, terdapat segelintir penduduk yang
tidak berpuas hati terhadap kepesatan dan kemajuan dunia kerana kemajuan ini
anak-anak mereka berisiko tinggi tidak akan dapat merasai keindahan alam.
Di
sebuah bilik yang dipenuhi dengan bahan kimia dan bahan ujikaji yang dilakukan
bagi mengembalikan keindahan bumi, 1661 atau nama sebenarnya ialah Dr. Nuraffa
berusaha sedaya upaya bagi memenuhi permintaan segelintir penduduk yang berjaya
memujuknya memikirkan ikhtiar untuk mengembalikan kehijauan bumi.
“1661,
bantulah kami. Kami tidak mahu bumi menjadi tua begini buat selama-lamanya.
Sekurang-kurangnya anak cucu kami dapat merasai keindaham alam ciptaan Maha
Besar ini.” Begitulah kata-kata segelintir penduduk. Satu tepukan mendarat di
bahu 1661 membuatkan dia tersedar daripada lamunannya.
“Mengelamun? Kamu sedang buat apa? Sibuk sahaja.” Tanya 4146
“Saya
sedang melakukan kajian bagi mengembalikan kehijauan bumi dan ini semua atas
permintaan penduduk.” Jawab 1661.
“Idea
yang sangat bernas. Sekiranya kamu memerlukan bantuan saya, datang dan cari
saya.”
4146
atau nama sebenarnya ialah Dr. Muhammad Adam adalah rakan baik kepada 1661.
Mereka berkawan sejak dari kecil lagi dan 4146 adalah orang yang selalu
menyokongnya selama ini.
Segala
macam cara dilakukan bagi memenuhi permintaan penduduk. Sekiranya dia berjaya
melakukannya, dia akan dinobatkan menjadi saintis berjaya pada abad ini kerana
selama ini tidak ada seorang pun saintis bahkan manusia tidak berjaya
mengembalikan keindahan bumi. 1661 sangat pintar dan berbakat dalam melakukan
kajian. Sebagai bukti, dia pernah memenangi anugerah saintis berjaya pada tahun
sebelumnya ke atas kajiannya yang dapat menghidupkan kembali pokok yang telah
mati. Tambahan pula, seperti yang semua masyarakat tahu 1661 mempunyai darah
saintis yang mengalir dalam badannya. Datuk dan ayahnya merupakan seorang
saintis yang amat disanjungi oleh masyarakat. Dia juga berhasrat mengikut jejak langkah datuk dan
ayahnya selaras dengan cita-cita yang dia sendiri bina sewaktu zaman
kanak-kanak lagi. Oleh itu dia diberi kepercayaan seratus peratus oleh penduduk
untuk mengembalikan keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa ini.
Hari demi hari dia membanting tulang dan
demi hari juga dia berkurung di dalam makmal sebelum ujikajinya sempurna.
Hampir tiga bulan dia tidak merasai udara luar yang tidak begitu segar dan
hanya dipenuhi dengan asap dan debu.
Selepas
tiga bulan, ujikajinya hampir sembilan puluh peratus siap. Dia membuktikan
keberkesanan ujikajinya dengan menukarkan kenderaan yang masih lagi
mengeluarkan asap dengan kereta yang menggunakan tenaga solar dan enjinnya juga
tidak mengeluarkan buji yang bising untuk mengurangkan pencemaran bunyi.
Segalanya diusahahkan oleh 1661.
Segalanya!
Masing-masing amat bangga dengan kejayaan 1661. Meskipun belum seratus
peratus berhasil namun kejayaannya sudah dapat dilihat sedikit demi sedikit.
Sekiranya selama ini penduduk sering menghirup udara yang dipenuhi dengan asap
dan debu,kini tidak lagi. Pada hari dia menguji keberkesanan ujikajinya, dia
turut dibanjiri dengan penghargaan daripada penduduk yang gembira dengan
perubahan yang dilakukan walaupun Cuma sedikit. Dia juga semakin terkenal di
antara saintis-saintis yang lain. Dialah saintis termuda yang berjaya pada abad
ini.
“Pasti
datuk dan ayah sangat bangga!”
Namanya terpampang di dada-dada akhbar sebagai saintis yang bakal mengubah
keadaan bumi. Baginya, selagi nadi masih berdetik, segala usaha tidak akan
menoleh kebelakang.
4112
menghempaskan akhbar yang baru dibacanya di atas sofa. 4112 atau nama
sebenarnya ialah Dr. Sara juga seorang saintis termuda. Dia amat membenci 1661
kerana dia mengganggap 1661 seringkali menggugat kedudukannya sebagai saintis
termuda yang berjaya.
Dia
bagaikan gunung berapi yang menunggu masa untuk meletup. Api kemarahan seperti
kelihatan di atas kepalanya.
Dia
marah! Geram! Cemburu!
Sehingga kini tiada seorang manusia pun yang mampu menandinginya. Namun,
1661 berjaya menggugat kedudukannya dengan ujikajinya yang hamper seratus
peratus siap tetapi hasilnya sudah dilihat oleh penduduk bumi yang mahukan
keindahan alam dikembalikan. Dia pantang akan orang yang berjaya menandinginya.
Dia berasa tidak puas hati. Dia mesti melakukan sesuatu. Sesuatu diluar
jangkaan.
Ting!
Akal
panjangnya mendapat idea.
“Habislah kau kali ini 1661!” terhambur ketawa jahatnya serta-merta.
Sewaktu 1661 keluar meninggalkan bahan ujikajinya, 4112 menyelinap masuk
ke dalam makmal kepunyaan 1661. Dia harus melakukan sesuatu bagi menjatuhkan
1661.
Dia
telah mencapurkan sesuatu ke dalam bahan ujikaji 1661. Dia harus keluar sebelum
tuan empunya bahan ujikaji kembali.
Rasa
puas! Kini 4112 hanya menanti saat kejatuhan 1661 beberapa detik sahaja lagi.
Semua
orang menjadi marah. Dunia bagaikan mahu kiamat. Segalanya menjadi huru hara.
Masing-masing saling berbunuhan sesama manusia. Tidak kurang juga binatang.
Suasana sungguh mengerikan. Segalanya menjadi hancur, lebur. Gunung-ganang,
bukit bukau. Pepohon nan rendang telah menjadi abu. Begitu juga debunga yang
mekar. Semuanya nampak hitam dan gelap seperti arang.
Tiada
siapa yang dapat manghalang termasuklah 1661!
“Kenapa kejadian ini boleh berlaku?” persoalan yang sarat dalam
mindanya. Dia sendiri tidak tahu mengapa semua ini boleh berlaku. Dia pelik,
hairan, bingung.
“Apa
sudah jadi? Adakah ini saintis yang dikatakan bijak pandai?” seloroh penduduk
bumi.
“Semua
ini berpunca daripada kau, saintis tak guna!”
Tidak!
Dia tidak bersalah. Semua ini pasti ada kesilapan. Manusia-manusia yang berseloroh
tadi sekelip mata sudah menjadi abu. 1661 menyaksikan kesemuanya. Dia mengucap
panjang. Air mata jernihnya mengalir
membasahi pipi halusnya.
Ketika
ini, tinggal 1661, 4146 dan 4112 sahaja yang masih bertahan. Mereka menunggu
masa untuk saling berbunuhan sesama sendiri apabila virus itu terkena diri
mereka. Virus MA II yang telah dicipta oleh 1661 sendiri atau lebih tepat lagi
ujikaji yang telah disabotaj oleh 4112 telah menjadi virus yang amat berbahaya.
Kini,
masing-masing sudah mengetahui bahawa 4112 telah mensabotaj ujikaji 1661
sehingga eksperimennya menjadi virus MA II. Buktinya, tanpa 4112 sedar 4146
ternampak apa yang dilakukan olehnya namun tiada tindakan dari 4146 keran dia
menyangka 4112 hanya mahu membereskan eksperimen 1661. Dia juga tidak mengambil
tindakan kerana dia mengetahui bahawa 4112 juga seorang saintis yang berjaya.
“Kenapa kau melakukan sedemikian rupa? Apa salahku padamu?” air mata
1661 menunggu masa untuk mengalir.
“Aku
sangat iri hati dengan kejayaan kau. Aku tidak mahu kau mengganggu gugat
kedudukan aku.”
Secara
tiba-tiba 4112 bertindak agresif. Dia telah terkena virus MA II dalam sekelip
mata sahaja. Dia menyambar pisau berhampirannya dan bertindak untuk membunuh
1661 tetapi dihalang oleh 4146. Dia semakin menggila. Tanpa sifat simpati dan
perikemanusiaan, dia membunuh kedua-duanya. Mata pisau yang tajam dibenamkan ke
dalam dada 1661 dan 4146. Bertubi-tubi sehingga tiada kata mampu diucap di
bibir mereka. Tiada peluang untuk mereka terus hidup.
“Kenapa dengan anak saya ni doktor?” Tanya Encik Malik, bapa kepada
Nuraffa dengan suara yang timbul tenggelam hamper tidak kedengaran.
Nuraffa terbaring tersentak-sentak dengan kedua-dua mata terbelalak.
Darah merah membuak-buak keluar dari mulutnya. Sesekali kedengaran bunyi
menggelegak dari rengkungnya. Sinar matanya menjelaskan sesuatu yang amat
mengerikan. Sesuatu yang tidak dapat diketahui apa sebenarnya.
Mengalir air mata jernih ayahnya melihat keadaan Nuraffa. Dia Nampak
terseksa begitu. Oh Tuhan, kauambillah nyawa Nuraffa sekiranya itulah
takdirnya. Aku tidak mahu melihatnya terseksa begini, bisiknya perlahan.
Nuraffa, gadis kecil berumur tujuh tahun yang sudah berbulan-bulan
terlantar di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah. Akibat daripada
kemalangan yang membabitkan bas sekolah yang dinaikinya, kereta Proton dan lori
yang membawa muatan yang berat berhampiran Teluk Sepanggar, hampir tiga bulan
dia terlantar koma dan tidak sedarkan diri.
Dia
sedar daripada koma beberapa minit dan akhirnya dia menghembuskan nafas
terakhirnya di sisi ayah kesayangannya. Mulut ayanhnya terkumat-kamit
mengucapkan kalimat suci. Begitu juga doktor dan jururawat di sekelilingnya.
Begitu
lama dia menderita. Terlantar koma berbulan-bulan. Hanya dapat merealisasikan
cita-citanya di alam mimpi. Hanya mampu menjadi saintis yang berjaya dia alam
mimpinya juga. Segalanya berlaku sewaktu dia dalam keadaan koma.
Ya,
koma!
Mungkin juga penyebab dia meninggal dunia
kerana dia terseksa ditikam bertubi-tubi oleh 4146 atau Dr. Sara di alam
mimpinya.


0 comments:
Post a Comment